Perjumpaan Mingguan

Selepas program LETCAMP, beberapa perjumpaan kelab telah diadakan. Perjumpaan ini bertujuan untuk meng'update' program-program yang akan dianjurkan oleh kelab ini di samping mengeratkan silaturrahim sesama ahli. Selain itu, sidang Majlis Tertinggi juga akan melantik Majlis Tertinggi (MT) untuk setiap program untuk menggalas tanggungjawab bagi menjayakan program-program tersebut. Di perjumpaan ini juga beberapa aktiviti telah dijalankan oleh unit aktiviti untuk memeriahkan suasana seperti `ujian pendengaran’, permainan `dari mana nak ke mana’ dan `traffic jammed’. Pada perjumpaan ini juga, unit modul telah mengemukakan cadangan untuk membuat aktiviti yang menarik untuk menarik pelajar UTM menyertai kelab ini antaranya adalah berkhelah, memasak, berniaga dan macam-macam lagi dan pada 25 April 2012, aktiviti gotong-royong untuk menceriakan lagi bilik KKDK telah dijalankan. Beribu ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan bagi setiap ahli kerana kini bilik KKDK lebih ceria dan diharapkan keceriaan ini sama banyaknya dengan komitmen yang akan diberikan oleh setiap ahli untuk kelab ini. Tidak lupa juga, pada 28 April 2012, KKDK akan menganjurkan program kerjaya CARESEE’12. Aktiviti dalam program ini akan di`update’ selepas program dilaksanakan. KKDK berharap program ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama MT program yang sangat komited.  Semoga KKDK terus ceria dan maju di masa hadapan. GO KKDK! :D




P/S : kepada pelajar UTM, skudai, anda dijemput untuk menyertai Chemical Engineering New Exposition 2012 anjuran Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia UTM akan diadakan pada 11-13 Mei 2012 dan career carnival UTM 2012 pada 23-24 Mei 2012 di Dewan Sultan Iskandar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Perjumpaan Mingguan"

Free Website templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates