Leadership & Team Building Camp (LETCAMP) 2012

Apabila bermulanya semester baru, bermula lah juga perlantikan jawatankuasa yang baru dan juga bermulanya aktiviti atau program yang dianjurkan oleh kelab ini. Program pertama yang dijalankan adalah Leadership and Team Building Camp (LetCamp) di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) pada 23-25 Mac 2012. Pengarah program ini adalah saudara Mohd Faiz bin Zasali. LetCamp ini telah disertai oleh 50 orang ahli kelab yang komited dan sanggup menggalas tanggungjawab sebagai fasilitator dan urus setia serta lebih kurang 150 orang pelajar KMPk Program Dua Tahun (PDT). LetCamp ini bertujuan untuk membentuk sifat kepimpinan pelajar dan menyedarkan kepentingan sikap saling bekerjasama yang perlu ada bagi semua pelajar. Selain itu, program ini juga telah memupuk sikap berani bagi ahli kelab untuk menunjukkan sifat kepimpinan untuk menjalankan tugas menjaga adik-adik.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :

MODUL MENGAPAKAH KU DI SINI




AMAZING RACE




TEROMPAH BERTELUR





OKU





PANDU ARAH



MENARA IMPIAN





Syukur kepada tuhan kerana program ini telah berjalan dengan lancar. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat kerana berjaya menjalankan tugas sebaik mungkin. Akhir kata, terimalah kata-kata daripada Julaida Johan iaitu Setiausaha program LetCamp KMPk 2012 yang juga Setiausaha KKDK 2012/2013, “sesungguhnya, kami dari sidang majlis tertinggi KKDK amat berbangga dan berpuas hati dengan komitmen dan usaha yang anda berikan untuk menjayakan program ini dan diharapkan kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ini, perkara yang baik kita jadikan teladan dan juga sebaliknya. Sama-sama kita bantu-membantu dan ingat-mengingatkan satu sama lain. Seterusnya, kami mengharapkan sokongan padu anda semua ahli KKDK tidak akan pernah berhenti dan terus berusaha bersama-sama kami memajukan KKDK yang tercinta ini.

Tidak lupa juga kepada adik-adik yang menyertai LetCamp ini, semoga ukhuwah yang terjalin tidak akan terputus, semoga dapat menerima tunjuk ajar daripada kami, yang baik boleh dijadikan contoh, yang tidak baik dijadikan sempadan. Maaf daripada kami yang serba-serbi kekurangan, semoga berjaya dalam pelajaran dan hidup dan semoga jumpa lagi.

oleh;
Nur Hazira
Ketua Unit Publisiti KKDK 2012/2013

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Leadership & Team Building Camp (LETCAMP) 2012"

  1. Keng Kaboo says:
    30 April 2012 at 03:56

    tesst3...

  2. hanafi says:
    1 May 2012 at 16:11

    bagus ! kalu rajin setiap aktiviti kita record dalam nie.

Free Website templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates