Program Motivasi SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah Johor

Holaa!! <3
Ok, previous entry, kita dah kenal-kenal dengan super senior KKDK yang mantop2 dan beberapa aktiviti yang telah dijalankan.
So, entry kali ni kami nak ajak anda sama-sama throwback program KKDK pada tahun 2013, iaitu salah satu program KKDK selepas TBC '13.

Program kali ini melibatkan dua pihak iaitu Kelab Kaunseling dan Kerjaya dan juga para pelajar daripada SMK Kompleks Sultan Abu Bakar.
Terdiri daripada 20 orang fasilitator daripada warga KKDK dan sejumlah pelajar tingkatan 4 dan 5 SMK Kompleks Sultan Abu Bakar telah bekerjasama dalam menjayakan program ini. oh ya, sebelum terlupa program ini merupakan program yang diketuai oleh saudara Badrul Hisyam Mohd Rosli selaku Pengarah Program dan Nur Ritasha sebagai Timbalan Pengarah serta dibantu oleh para fasilitator dan urusetia yang terdiri daripada ahli kelab ini sendiri.

Program kali ini lebih berbentuk kepada membina jati diri dan kekuatan berkumpulan dalam diri pelajar. pelajar-pelajar didedahkan dengan kepentingan jati diri melalui modul-modul yang dijalankan secara praktikal agar mereka lebih mudah menerapkan nilai-nilai yang ingin disampaikan dalam kehidupan seharian mereka.
Selain itu juga, mereka didedahkan kelebihan bekerja dalam kumpulan. Selaras dengan misi dan objektif program, modul yang berkaitan juga diaplikasikan pada para pelajar. Sebagai contoh, mereka di beri tugasan menyiapkan kerja secara individu dan tugasan kedua, mereka diberi tugasan yang sama namun diselesaikan bersama-sama secara berkumpulan.  Tentu sekali hasilnya juga berbeza kan? Dan pastinya anda tahu, mana satu lagi efisien ;) 
"yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing"

tak gitu, sahabatku yang budiman?

Baiklah, telah kami kongsikan serba sedikit tentang program kali ini, lo lets the pictures describe more ;) You know what, a pictures can describes better than thousand words!


























ok guys,
sekian dulu untuk kali ni ya.
XOXO

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Throwback : Team Building Culture 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan hye hye hello ! ^_^

Disebabkan terlampau laaaaamaaa sangat blog ni tak di update. sekarg nilah masa untuk admin tolong nk kemas2 sikit blog yg mugkin2 dah berkepuk-kepuk habuk kat sini. itulah sbbnya sahabat2 tgk byk post dan entri untuk minggu ni.. hehe.. maaf ye sahabat2.. sahabat juga dapat la mengisi masa lapang dgn membaca blog KKDK ni.. =) mesti rindu kan nak baca blog KKDK dan seronok baca dan tgk aktiviti yg kami lakukan kan?? kan?? kan?

sblum ni admin ade update pasal barisan Majlis Tertinggi dan Exco2 serta entri meraikan majlis bersama super senior KKDK. Skrg, meh  nak cite aktiviti -aktiviti yang telah kitorg buat pada sepanjang tahun 2013. tahun 2013 ni agk padat dgn aktiviti. kami mmg suka beraktiviti. nak dikatakan bila ade aktiviti yang perlukan KKDK, kami sgt2 mengalu2kan dan gembira untuk melakukan program dan aktiviti tersebut.. ^_^

Baiklah.. dengan lafas bismillah, admin mulakan dgn aktiviti Team Building Culture (TBC).. aktiviti pertama yang kami lakukan pada tahun 2013.. yeay!!

Klu sesape yg tk tau apetu TBC meh nak ceghite. TBC ni sebenarnya ala-ala kem yg wajib setiap ahli KKDK join. Objektif utama TBC ni adalah untuk mengeratkan lg hubungn silaturrahim sesama ahli  dan Alhamdulillah kem ni berjalan dengan jayanya.TBC yg lepas kami jalankan di Kem JFL Empire Kluang Johor pada 1-3 Mac 2013

jom lah tengok gmba2 kami disana ^-^

Hari Pertama:




                             


Hari Kedua:
Senaman pagi : Chicken Dance !! tenenet tenenet~
                                    Antara Modul Kami....




Acid River
Acid River
Selain tu...Masak-masak pun ade.. ada kumpulan Jawa, Bugis dan Bajau :D
Bugis
Bajau
Jawa
Malam tu ada sketsa pulak. #eceh. sketsa ke..




Ending yg Sangat Best !!





Hari ketiga:

tudiaa.. gamba kami before balik !
Alhamdulillah ukhwah kami semakin rapat dan boleh ckp kelab kitorg ni dah macam family..
Actually banyak lagi gamba.. kalau korg nk tgk yg banyk2 tu boleh la singgah page fb KKDK atau pun Group KKDK ye. ^-^




                                 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mengimbau Kenangan Lalu (Bersama Super Senior)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..
Buat sahabat2 sekalian..

Kelmarin mengemaskini folder2 gambar terjumpa kembali folder gambar meraikan majlis perpisahan bersama senior dan folder meraikan majlis senior yang bergraduate pada tahun 2012.. haha.. setahun da berlalu rupanya.. mereka pon da jadi super senior dah.. Alhamdulillah.. mereka semua cemerlang dlm kerjaya dn kehidupan.. insyaAllah.. 

Hah!!! super senior kami yang bergraduate tahun ni semuanya adalah lelaki.. mereka ni nak dikatakan memanglah sporting yang teramat sangat.. banyak perkara yg kami pelajari dari mereka.. mereka juga sering memberi nasihat dan kata2 semangat pada kami sehingga kami menjadi berani untuk berhadapan, bercakap dan melakukan aktiviti di khalayak ramai.. kadang2 tu perangai mereka lebih budak2 dari kami demi menceriakan suasana KKDK dan adik2 tercinta ni.. tercinta ke?? hehe.. perasan je kami ni.. kami ni manja dengan abg2.. dan merekalah insan yang kami sering rujuk jika ade ketidakfahaman untuk menjalankan program sepanjang mereka berada di UTM.. mereka tulang belakang KKDK dan merupakan hero kami.. hehe.. asyik sebut mereka je kan?? sape mereka ni sebenarnya?? abg2 ni terdiri daripada (*bunyi drum) :

                                             abg HANAFI a.k.a abg napi (presiden KKDK 2011)


                                    abg Wan Mohd Izzat a.k.a abg ijat (naib presiden KKDK 2011)


                                                         abg Mohd Syafiq a.k.a abg chotd

                                                            abg Syauqi a.k.a abg cokey

abg Abdul Halim a.k.a abg halim

abg Zaki a.k.a abg Ja Ki

abg Ridzuan a.k.a abg mung

abg Mohd Faiz a.k.a abg tembok

abg Mohamad Arif a.k.a abg arip

nama mereka pon unik ni.. mcm orangnya juga la.. hensem2 mereka ni.. sape nak blh la try.. haha..
ini pula gambar2 semasa majlis perpisahan bersama mereka..
























betapa bahagianya semua wajah.. abg ijat terpaksa pulang awal kerana ada hal manakala abg napi dn abg faiz pula dtg lewat sedikit kerana ade perkara yang perlu mreka selesaikan.. tapi untuk kedua2 majlis ini, abg zaki dan abg mung kita xdpt hadir atas sebab2 tertentu.. kalau tidak, pasti lebih kecoh dan meriah majlis ni dgn gelagat mereka.. cuma abg chotd, abg cokey, abg faiz dan abg halim sahaja dpat hadir.. yang lain ade masalah berkaitan masa disebabkan mereka sibuk bekerja dan hari konvo mereka tidak sama..  
Ini pula gmbr majlis meraikan hari mereka bergraduate.. =)














































Inilah KAMI.. KELUARGA KKDK tahun 2012..  

*semoga abg2 dan kami adik2 juga berjaya di dalam rahmat dan keberkatan Allah s.w.t.  semoga kita terus maju bersama KKDK tercinta dan dilidungi Allah yang Esa.. ukhwah yang terbina ini moga berpanjangan hingga ke akhir hayat.. insyaaAllah.. 
* abg zaki dan abg mung ade masa kita wat la gathering dgn abg2 dan ahli2 KKDK yang lain.. sbb mereka la plg selalu susah nak jumpa ni..
* 7 jam wat entri ni.. hehe.. semoga sahabat2 terhibur.. stress sbb pelajaran?? berehatlah sebentar bersama KKDK.. =) insyaAllah rasa tenang sikit bila meluangkan masa bersama..   


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Free Website templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates