Throwback Selangkah Ke U ,Ayer Keroh Melaka (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai hai hello sekali lagi ! ^.^

Dum dum cak!! Dum dum cak!! Ok! Bersama admin lagi dalam blog KKDK UTM Skudai.. Tiba masa untuk kita throwback lagi. Biasa la, kelapangan seperti ini baru sempat admin nak update2 aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tahun 2013 ni.. hehe.. maaf ye.. da setahun baru nak update.. Bukan apa, admin dan lain-lain "busy" benar tahun lepas.. kekeke..Sepertimana yang sahabat-sahabat tahu aktiviti KKDK banyak melibatkan program di sekolah sekolah. Tak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah. Kolej Matrikulasi pon KKDK pernah terjah.. =)  

Jadi, admin nak mengimbau pula kenangan kami masa Program Selangkah Ke U yang bertempat di Sekolah Menengah Ayer Keroh, Melaka. Program ini dijalankan selang beberapa minggu dengan program gelang patah.. (untuk program gelang patah Lihat Sini) Program kali ini bunyinya macam menarik kan?? Ini adalah antara program lain dari yang lain kerana sambil kami menyampaikan aktiviti dan modul2 berkaitan dengan objektif, matlamat dan objektif lain adalah kami ingin memperkenalkan UTM kepada adik-adik. Bagaimana kelayakan untuk masuk ke UTM, fakulti dan jurusan apa yang ada di UTM dan pelbagai lagi. Jadi... Ini boleh membakar semangat adik-adik untuk lebih berusaha dan gigih untuk mencapai target yg baik dan cemerlang dalam memilih jurusan yang adik-adik minati.

Program Selangkah ke U yang berlangsung selama 3 hari 2 malam (19-21 April 2013) ini melibatkan pelajar Tingkatan 4 sekolah tersebut dan 14 orang Fasilitator dari KKDK. Program ini ntara jumlah fasilitator yang paling sedikit dan dikenangkan kembali kata-kata supersenior dahulu "Bukan kuantiti yang kita nak, tapi kualiti", Alhamdulillah program ini berjalan dengan sangat lancar dan juga banyak memori yang tercipta antara kami dan adik-adik SMK Ayer Keroh yang pasti tidak akan kami lupakan. Seronok nya beraktiviti dgn adik-adik ni xterkata.. Sporting habis mereka ni. Kami sebagai fasilatator2 mendoakan yg terbaik buat adik2.. InsyaAllah, adk2 boleh buat. Nak tahu aktiviti apa yang kami jalankan?? Jom kita lihat gambar2 yang modul dan aktiviti tersebut..









Kami dapat bas mewah.. hehe




 Alhamdulillah.. Barisan fasilitator selamat tiba di SMK Ayer Keroh..  

 inilah pengetua SMK Ayer Keroh yang sporting habis..
sanggup dtg ke sklh jam 3 pagi untuk tgk murid2nya.. =) 





Sampai2 je, makan dulu.. hehe





Set up barang-barang.. 











Penyerahan pelajar kepada barisan fasilitator dan fasi2 memperkenalkan diri..







Ice Breaking dan Pembahagian kumpulan..






LDK 1: Bunyi-bunyi cari saya








Adik2 ke depan untuk memberi kesimpulan dari modul yang telah dilakukan..
 Slot mari mengenali UTM yang dikendalikan oleh abg acap white..








Buat satu refreshment dulu sblm tidur..
ok.. ini lah aktiviti kami pada hari pertama.. Apa aktiviti yang kami lakukan pada hari kedua dan ketiga?? Nantikan Throwback Selangkah ke U part 2.. hehe.. semoga sahabat2 semua terhibur.. Jangan lupa ya.. Nantikan part 2 bg entri ini.. Tunggu.. =)


















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Free Website templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates