Perjumpaan Mingguan
Apabila bermulanya semester baru, bermula lah
juga perlantikan jawatankuasa yang baru dan juga bermulanya aktiviti atau
program yang dianjurkan oleh kelab ini. Program pertama yang dijalankan adalah
Leadership and Team Building Camp (LetCamp) di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) pada 23-25 Mac 2012.
Pengarah program ini adalah saudara Mohd Faiz bin Zasali. LetCamp ini telah
disertai oleh 50 orang ahli kelab yang komited dan sanggup menggalas
tanggungjawab sebagai fasilitator dan urus setia serta lebih kurang 150 orang
pelajar KMPk Program Dua Tahun (PDT). LetCamp ini bertujuan untuk membentuk
sifat kepimpinan pelajar dan menyedarkan kepentingan sikap saling bekerjasama
yang perlu ada bagi semua pelajar. Selain itu, program ini juga telah memupuk
sikap berani bagi ahli kelab untuk menunjukkan sifat kepimpinan untuk menjalankan
tugas menjaga adik-adik.
