Pengenalan
SEJARAH MyKKDK
Kelab Kaunseling Dan Kerjaya atau lebih dikenali sebagai KKDK adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti seperti kaunseling dan kerjaya, forum, kursus kecemerlangan dan motivasi, Kelab ini pada awalnya ditubuhkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) cawangan Kuala Lumpur, Kampus Semarak pada tahun 1992. Untuk meneruskan kesinambungannya, sebuah jawatankuasa pelaksana Kelab Kaunseling Dan Kerjaya (KKDK) di UTM Skudai telah diwujudkan. Oleh itu, pada tanggal 1 Jun 1996, jawatankuasa tersebut telah berjaya dibentuk secara rasmi yang terdiri daripada kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya, AJK Pesta Kerjaya ’96 dan Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar. Pengambilan ahli telah dilakukan melalui proses temuduga. KKDK pada masa sekarang mempunyai ahli seramai lebih 500 orang. KKDK dinaungi oleh Pusat Kaunseling & Kerjaya, Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Aktiviti tahunannya adalah seperti ceramah-ceramah yang berkaitan dengan kaunseling dan kerjaya, forum, kursus kecemerlangan dan motivasi, penerbitan dan perundingan. Manakala acara tahunan terbesar KKDK pula adalah seperti Pesta Kerjaya, Bengkel Kerjaya dan Seminar Kaunseling Remaja Negeri Johor.Walaupun singkatan bagi Kelab Kaunseling Dan Kerjaya ialah KKDK, badan pengurusan KKDK 2006 menambah “My” di hadapan KKDK bagi menjadikan KKDK lebih dekat dengan ahli dan masyarakat. Sejak itu, KKDK lebih dikenali sebagai "MyKKDK".
MATLAMAT myKKDK
Melahirkan teknokrat-teknokrat yang bermotivasi tinggi, berketrampilan , matang dan yakin pada diri sendiri.
OBJEKTIF myKKDK
- Membantu mahasiswa dalam membangunkan potensi yang sedia ada dalam pelbagai bidang yang diceburi.
- Membentuk mahasiswa yang bermotivasi tinggi, berdaya maju dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam menangani pelbagai masalah.
- Menyemai daya kepimpinan diri supaya mampu melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab secara jujur, ikhlas dan amanah.
- Menjadi ‘pemudah cara’ kepada mahasiswa lain dalam menyelesaikan masalah.
- Mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan mahasiswa sebagai penggerak masyarakat ke arah yang lebih positif.
- Memberi pendedahan awal dan membantu mahasiswa dalam kerjaya yang ingin diceburi.
COGANKATA myKKDK
“Ke Arah Kecemerlangan Bersama”
LAGU TEMA myKKDK
Wahai kawan-kawanku semua
Marilah menuju kearah
Kecemerlangan bersama kita
Cari bersama…ooh…ooh…
Berusaha teras kemajuan
UTM hala tuju kita
Cekal hadapi bersama
Maju terus maju…
chorus
KKDK tempat berjumpa
Bersama susah senang harungi
Kenangan diukir manis
Yg pahit jadi pedoman
Wahai kawan-kawanku sayang
Janganlah bersedih lagi
Kita kongsi pengalaman
Hadapi bersama
Ulangi chorus
Kuatkan semangat juangmu
Tabahkanlah hatimu kawan
Pasti kita kan berjaya nanti
Teruskan perjuangan 2X
Aaah…
KKDK terus maju…







0 Response to "Pengenalan"
Post a Comment